Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ibu Ghozali Sertai Arena NFT Jual Selfie, Anak-Beranak Amalkan Prinsip WAGMI

Ibu Ghozali Sertai Arena NFT Jual Selfie, Anak-Beranak Amalkan Prinsip WAGMI

Diterbitkan Januari 20, 2022 ยท Dikemas kini Januari 20, 2022 oleh Meor Hasyim

Dalam industri arena kripto, ada satu akronim yang popular dan sering diungkapkan oleh komunitinya iaitu WAGMI.

WAGMI atau nama penuhnya ‘We All Gonna Make It‘ sering digunakan sebagai kata-kata semangat dan harapan di kalangan komuniti atau maksud lainnya “semoga kita semua jadi kaya”.

Bulan ini, kita dikejutkan dengan berita seorang pemuda Indonesia, Ghozali yang memperoleh keuntungan jutaan ringgit hanya dengan berniaga selfie melalui medium NFT.

Mungkin mengambil inspirasi atau tercabar dengan betapa mudahnya idea membuat duit hanya dengan muka sendiri, ibu Ghozali turut menyertai anaknya melakukan kegiatan sama.

Dikenali dengan profil Ghozali Moms yang diniagakan di platform OpenSea, jumlah jualan NFT beliau sudah mencapai 0.32ETH (ketika ini) yang juga bersamaan dengan RM13,092 menerusi 15 NFT yang ditawarkan.

Ibu Ghozali Sertai Arena NFT Jual Selfie, Anak-Beranak Amalkan Prinsip WAGMI
Ada yang nak beli?

Seperti perkara sama yang terjadi pada Ghozali dengan pendapatan paraboliknya itu, sudah tentu ibunya juga akan turut sama mengalaminya jika lebih ramai yang berminat untuk membeli NFT beliau.

Begitulah dunia NFT dan kripto. Jika anda bijak mengambil peluang, sudah tentu ada habuannya.

Dengan ini, saya menutup artikel dengan kata-kata hikmat dari ibu Ghozali,

“I am Ghozali’s mom and I am very proud to have him, and thank you for the work of our family, we have been appreciated.”

WAGMI

Sumber: OpenSea

Baca juga:

  • Nonfungible Tokens (NFT) – Apabila 1 Gambar JPEG Terjual Pada Nilai RM284 Juta
  • Hanya Jual Selfie Sendiri Setiap Hari Dalam Bentuk NFT, Pemuda Ini Berjaya Kumpul Untung RM403,648
  • ‘SMS Pertama Di Dunia’ Dijual Dalam Bentuk NFT Pada Nilai Lebih Setengah Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY