Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hyundai Motors Failkan Paten Bateri EV Semua-Keadaan Pepejal

Hyundai Motors Failkan Paten Bateri EV Semua-Keadaan Pepejal

Diterbitkan Januari 6, 2024 oleh ariff bukhari

Salah satu gergasi permotoran Korea, Hyundai Motors tidak ketinggalan dalam perlumbaan menghasilkan bateri EV baharu.

Syarikat itu telah memfailkan paten bateri EV semua-keadaan pepejal yang memperkenalkan pendekatan baru dengan menggabungkan corak lipatan zigzag dalam reka bentuknya.

Hyundai Motors Failkan Paten Bateri EV Semua-Keadaan Pepejal

Struktur unik ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan luas per unit yang akan memberikan peningkatan ketara kapasiti bateri semua-keadaan pepejal berbanding struktur bertindan tradisional yang biasa digunakan dalam bateri tersebut.

Reka bentuk ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi juga terbukti berfaedah untuk pengeluaran besar-besaran, sekaligus berpotensi menurunkan kos pembuatan bateri EV.

Salah satu aspek paling luar biasa bagi bateri keadaan pepejal Hyundai ialah keupayaannya untuk beroperasi dengan cekap pada suhu bilik (25°C).

Berbanding sebelum ini, bateri keadaan pepejal memerlukan suhu operasi yang tinggi iaitu melebihi 60°C, untuk ia berfungsi dengan berkesan.

Kemajuan bateri Hyundai ini telah membuka jalan untuk aplikasi yang lebih praktikal dan mesra pengguna dalam kenderaan elektrik.

Perkembangan oleh Hyundai Motors ini lebih daripada sekadar kemajuan dalam teknologi bateri di mana ia memainkan anjakan penting dalam landskap EV.

Berkaitan

  • Pengeluar Bateri EV Terbesar Dunia Lancar Bateri Berketumpatan Hampir 2x Ganda Dari Tesla
  • Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja
  • EV Pertama Dengan Bateri Natrium Bebas Litium Masuk Pasaran Tahun Ini

Sumber: KCB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY