Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
image_fx (4)

Hyundai Bangunkan Bateri EV Terbina Ciri Pemadam Api Cegah Kebakaran

Diterbitkan April 16, 2025 · Dikemas kini April 16, 2025 oleh ariff bukhari

Hyundai Mobis telah berjaya membangunkan teknologi bateri untuk kenderaan elekrtik (EV) baharu yang mampu memadamkan kebakaran secara automatik apabila sel bateri mula terbakar.

Teknologi ini adalah yang pertama seumpamanya yang boleh mencegah thermal runaway dengan menyekat penyebaran haba ke sel bersebelahan – bukan sekadar melambatkan proses tersebut.

Berbeza dengan pendekatan menggunakan bahan tahan haba, sistem ini direka untuk menghalang thermal runaway daripada berlaku sejak awal lagi.

Negara-negara seperti Eropah, China dan India menetapkan thermal runaway perlu ditangguh sekurang-kurangnya lima minit selepas sel terbakar, dan kini semakin banyak negara mengetatkan peraturan keselamatan bateri.

Menurut Park Yong Jun, Naib Presiden Penyelidikan & Pembangunan Hyundai Mobis:

“Kami akan menggabungkan perkakasan dan perisian untuk membangunkan sistem bateri canggih yang memenuhi dan melebihi piawaian global.”

Sistem yang dinamakan Battery System Assembly (BSA) ini merangkumi tiga komponen utama:

  • Sistem pengurusan bateri (BMS)
  • Perkakasan termasuk alat pemadam dan sarung bateri
  • Perisian pintar untuk kawalan automatik

Sensor mengumpul data suhu, voltan dan tekanan secara masa nyata. Jika ada keabnormalan, perisian akan menentukan lokasi semburan dan mengarahkan alat pemadam untuk bertindak.

Agen pemadam api ini lima kali lebih kuat daripada pemadam api rumah dan selamat untuk manusia serta alam sekitar.

Hyundai Mobis juga telah memohon tiga paten tempatan dan antarabangsa, termasuk untuk rekaan sarung bateri dan sistem paip semburan bertekanan tinggi.

Selain itu, Hyundai turut membangunkan bahan baharu dinamakan “pulsating heat pipe”, diperbuat daripada aloi aluminium dan penyejuk.

Ia diletakkan antara sel bateri untuk mengurangkan haba dalaman, terutama ketika pengecasan pantas – menjadikannya sistem pengurusan haba yang berkesan.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Kawasaki Perkenal Kategori Baharu Motosikal 'Berkaki Empat'
  • Syarikat Ini Buat 'Bateri Nuklear' Untuk Pusat Data AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY