Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hukum cas fon di masjid_

Hukum Cas Telefon Dalam Masjid, Ini Penjelasan Mufti

Diterbitkan Mei 9, 2025 · Dikemas kini Mei 9, 2025 oleh Amalina Athman

Pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa peranti mudah alih sudah menjadi keperluan harian yang sentiasa dibawa ke mana-mana, termasuklah masjid. Kadangkala, dalam keadaan musafir atau apabila telefon dan gajet kehabisan bateri, ada yang memilih untuk singgah di surau atau masjid bagi mengecas peranti mereka.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah sejauh mana tindakan ini dibenarkan dalam Islam? Di sini, kami kongsikan penjelasan daripada pihak Mufti Wilayah Persekutuan berhubung hukum mengecas telefon dalam masjid.

Secara ringkas, hukum mengecas peranti peribadi adalah harus jika digunakan untuk perkara yang baik dan berfaedah seperti membaca Al-Quran, pengajian agama atau dalam situasi terdesak untuk menghubungi keluarga dan seumpamanya.

Sebaliknya, jika peranti digunakan untuk tujuan kemaksiatan dan perkara yang sia-sia, ia tidak diharuskan kerana bertentangan dengan matlamat asal maslahah harta masjid.

Selain itu, adalah disunatkan bagi sesiapa yang menggunakan kemudahan masjid untuk memberikan sumbangan kepada tabung masjid. Ini dapat membantu meringankan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan masjid demi manfaat bersama.

Apa pun, sebagai pengguna, kita seharusnya perlu berpada-pada dalam menggunakan kemudahan yang disediakan – cukup sekadar mengikut keperluan.

Berkaitan

  • Hukum Guna Bantuan AI Untuk Siapkan 'Assignment'
  • Mufti Perjelas Hukum Hasilkan Imej AI Orang Yang Telah Meninggal Dunia
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY