Huawei Umumkan Barisan Model Yang Akan Menerima GPU Turbo

Huawei telah mengumumkan senarai model-model yang akan diberi penambahbaikkan melalui satu acara pameran elektronik, CES (Consumer Electronics Show) 2018 yang bertempat di Shanghai, China semalam.

Seperti yang diketahui sebelum ini, Huawei telah mengetengahkan teknologi GPU Turbo pada model Honor Play pada 7 Jun yang lepas, sebuah peranti yang memfokuskan kepada gaming.

Melalui teknologi ini, Huawei mendakwa ianya mempu meningkatkan proses janaan kuasa GPU sehingga 60% disamping menurunkan penggunaan kuasa pada 30%.



Berikut merupakan garis masa beberapa model Huawei yang akan menerima teknologi GPU Turbo

Jun – Mate 10, Honor V10

Julai – P20 Series, Mate RS Porsche Design, Nova 2s, Honor 10, MediaPad M5

Ogos – Nova 3e, Enjoy 8 Plus, Enjoy 7S, Nova 2i, Honor 9 Lite, Honor 7X

September – Mate 9 Series

Oktober – P10 Series, Honor 9, Honor V9

November – Beberapa lagi model yang tidak disebutkan

Huawei turut mengumumkan beberapa ciri baru yang akan hadir untuk model Mate 10, menjadikannya peranti Huawei pertama dengan sokongan perkomputeran awan (cloud computing) yang akan bermula pada 26 Jun ini. Kemudian ianya juga bakal menerima kemaskini EMUI 8.1 pada pertengahan Julai yang akan membawakan sokongan rakaman gerak perlahan 960fps.

sumber