Peranti ini tampil dengan rekaan lubang pada penjuru kiri atas yang menempatkan lensa selfie 25MP (f/2.0) dan ia kelihatan lebih kecil sedikit berbanding Galaxy A8s. Melengkapkan lagi sistem kamera adalah penggunaan tiga kamera pada bahagian belakang yang menggabungkan lensa 48MP (f/1.8), 16MP ultra wide angle (f/2.2), 2MP depth sensor (f/2.4).
Skrin IPS dengan rekaan berlubang ini berukuran 6.4 inci yang menyokong resolusi 2310 x 1080p. Dibahagian dalam ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 970 digandingkan bersama RAM 8GB dan storan berkapasiti 128GB.
Bateri 3750mAh digunakan untuk menjana Huawei Nova 4 dengan keupayaan pengecasan 18W. Bakal dilepaskan dipasaran China terlebih dahulu dengan nilai 3400 yuan atau sekitar ~RM2058 untuk model 48MP.
Sementara itu sebuah lagi variasi dengan kamera 20MP pula didagangkan pada harga 3100 yuan iaitu ~RM 1876 mengikut kadar tukaran matawang asing semasa.
Adakah peranti ini akan menjengah pasaran tempatan? Belum dapat dipastikan lagi dan sama-sama kita nantikannya.
Sumber: Huawei China
Berkaitan
- Dua Model ZenBook Duo Diperkenalkan, Harga Bermula RM4699 Sehingga RM15999
- Imej Didakwa Huawei Mate 10 Tersebar Di Internet
- Huawei Secara Rasmi Umum Sistem Operasi Harmony OS
- OPPO Tawarkan 15 Unit OPPO Reno4 Untuk Dimenangi Sempena Pelancaran Rasmi 3 Ogos Ini
- PlayStation 4 Pro Ditawarkan RM300 Lebih Rendah Dari Harga Asal
- AS Bakal Beri Sedikit Kelonggaran Kepada Huawei Untuk Berurusan Dengan Syarikat Teknologi Mereka
- Kapasiti RAM Dan Saiz Memori Huawei Mate 20 Sudah Didedahkan
- iPad 9.7 Inci Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia, Harga Bermula Dari RM1549
- Huawei Akan Bawa Aplikasi Facebook, Instagram Dan Twitter Ke AppGallery
- Kawal Nissan GT-R Dengan Hanya Alat Kawalan PlayStation 4