Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Pelopori Bidang Baru, Mengambil Inspirasi Dari Syarikat Penerbangan

Huawei Pelopori Bidang Baru, Mengambil Inspirasi Dari Syarikat Penerbangan

Diterbitkan September 7, 2017 oleh Helmi Samsuri

Syarikat gergasi dari China, Huawei telah mengumumkan penglibatan mereka dalam arena storan awan dan menyasarkan untuk menjadi antara 5 syarikat utama dalam bidang itu.

Kerjasama yang terjalin dengan Microsoft dan beberapa syarikat yang lain bakal membawakan teknologi penstoran awan ke dalam syarikat yang berpengkalan di Shenzen berkenaan.

Di acara sidang media Huawei Connect 2017 yang berlangsung pada Selasa lalu, CEO Huawei, Guo Ping menjelaskan bahawa idea untuk bergabung ini diinspirasikan daripada gabungan antara syarikat penerbangan besar seperti SkyTeam, Star Alliance dan One World.

“Agak sukar bagi satu atau dua syarikat untuk memenuhi permintaan perkhidmatan ruangan penyimpanan data. Disebabkan itu kami melihat kepada gabungan syarikat penerbangan (SkyTeam) dari negara-negara yang berbeza, mereka mampu menyediakan perkhidmatan secara berskala besar.”

Selain daripada Microsoft, Huawei turut menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat lain dan memberi saingan kepada Amazon Web, Google, IBM dan jika saingan di Tanah Besar seperti Alibaba dan Tencent.

Sumber: Financial Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY