Huawei P30 Pro Dan P30 Kini Rasmi, 4 Lensa Belakang Dan Kirin 980

Reading Time: 2 minutes

Setelah sekian lama mendengar perkhabaran tentang Huawei siri P30, ia kini telah rasmi dilancarkan pada acara yang malam ini.

Berbeza dengan generasi sebelumnya yang mengenakan rekaan takuk pada skrin, siri kali ini tampil dengan takuk yang lebih kecil dipanggil sebagai “Ultra Notch” dan dikuasakan dengan kirin 980.

Kedua-dua ini sedikit berbeza dari saiz paparan dan tetapan kamera belakang. Spesifikasi adalah seperti berikut:

Huawei P30

  • Skrin paparan OLED 6.1 inci, 19.5:9
  • Kirin 980
  • RAM 6GB
  • Storan 128GB dengan sokongan NanoSD sehingga 256GB
  • Pengimbas cap jari optikal dalam skrin
  • Tiga kamera belakang: 40MP (f/1.8) + 16MP Ultra Wide (f/2.2) + 8MP telefoto
  • Kamera hadapan 32MP
  • Bateri 3650mAh dengan pengecasan pantas 25W
  • Pensijilan IP53
  • EMUI 9.1 berasaskan Android Pie

Huawei P30 Pro

  • Skrin paparan OLED 6.47 inci, 19.5:9
  • Kirin 980
  • RAM 8GB
  • Storan: 128GB, 256GB dan 512GB dengan sokongan NanoSD sehingga 256GB
  • Pengimbas cap jari optikal dalam skrin
  • Empat kamera belakang: 40MP (f/1.8), OIS + 20MP f/2.2) ultra wide + 8MP (f/3.4) telefoto + sensor 3D ToF
  • Kamera hadapan 32MP
  • Bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 40W, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berbalik 15W
  • Pensijilan IP68
  • IP68
  • EMUI 9.1 berasaskan Android Pie

Versi pro tampil dengan lensa keempat yang merupakan sensor 3D ToF, bertujuan meningkat lagi keupayaan mod potret serta fungsi AR dikemudian hari.

Melalui sensor RYYB 40MP, hasil rakaman pada waktu kurang cahaya dapat dipertingkatkan dengan 40% lebih cahaya berbanding sensor RGB.

Model tertinggi ini juga mempunyai kebolehan 10x zoom optikal hybrid (5x kali zoom optikal) sehingga 50x zoom digital.

Bagi Huawei P30 pula ia dilengkapi dengan sokongan 5x kali zoom optikal hybrid (3x zoom optikal) dan tidak didatangkan dengan sensor 3D ToF. Dari segi rekaan, kedua-duanya hampir sama tetapi saiz P30 lebih kecil sedikit dan mempunyai bicu audio 3.5mm.

Penjualan siri ini untuk pasaran tempatan tidak dapat dipastikan lagi tetapi ia dikhabarkan akan berlaku sekitar awal April depan.

Baca juga – Jualan Awal Siri Huawei P30 Bakal Dilangsungkan Lebih Meluas Dalam Negara