Huawei P30 Pro, Mate 20 Pro Dan 4 Model Lain Turun Harga

Seiring dengan berlangsungnya promosi Huawei Carnival 2019 pada 27 Julai 2019 yang lepas, sebanyak 6 model telefon pintar Huawei telah diumumkan dengan kemaskini harga jualan rasmi yang baru.

Ini termasuklah peranti flagship mereka seperti Huawei P30 Pro serta siri Mate 20. Harga jualan yang dikemaskini adalah seperti dibawah.

  • Huawei P30 Pro (512GB) - RM3899  (harga asal RM4399)

  • Huawei Mate 20 Pro - RM2599 (harga asal RM2999)

  • Huawei Mate 20 - RM2099 (harga asal RM 2399)

  • Huawei Mate 20 X - RM2599 (harga asal RM2899)

  • Huawei Nova 4e - RM999 (RM1199)

  • Huawei Y17 Pro 2019 - RM599 (harga asal RM649)


 

Berkenaan dengan promosi Huawei Carnival 2019 yang dijalankan ini, ia bakal tamat pada 4 Ogos 2019. Sepanjang tempoh berlangsung, anda berpeluang merebut hadiah yang bernilai sehingga RM1,000,000.



Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah kereta Mercedes - Benz GLA 200 Night Edition sebagai hadiah utama dalam cabutan bertuah, E-Bike Orbit (100 unit) serta Electric Scooter Starlight (400 unit) bagi pemenang tempat ketiga.

Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei Carnival 2019, boleh layari laman Huawei Malaysia.