Jualan Awal Siri Huawei P30 Bakal Dilangsungkan Lebih Meluas Dalam Negara

Peranti utama bagi Huawei untuk tahun ini bakal muncul diperkenalkan beberapa jam sahaja lagi.

Disebut-sebut dengan nama Huawei P30, siri P terbaru ini sudah mula membuatkan peminat tempatan tidak senang duduk, terutama menjelang pelancarannya beberapa jam sahaja lagi.

Macam mana untuk jadi yang terawal memiliki siri P30?

Jika tahun lalu, penawaran Huawei Mate 20 mendapat sambutan hangat dilokasi yang berlangsung di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Bagi penjualan siri P30 kali ini, ia diramal menjadi tumpuan dan berkemungkinan dibanjiri dengan lebih ramai lagi peminat yang bercadang untuk memiliki salah satu model siri P30.



Bagi membolehkan penawaran yang lebih meluas, Huawei telah mengumumkan jualan siri Huawei P30 yang akan berlangsung di 11 lokasi berasingan dalam negara. Ia bakal diadakan di...

  1. Kuala Lumpur (2 lokasi)

  2. Pulau Pinang

  3. Kedah

  4. Perak

  5. Johor Bahru

  6. Melaka

  7. Pahang

  8. Kelantan

  9. Sabah

  10. Sarawak


Keupayaan zoom yang lebih memukau

Topik perbualan sesetengah daripada kita juga membincangkan berkenaan keupayaan 4 kamera, lebih-lebih lagi selepas perkongsian hasil foto oleh Pengurus Produk Huawei sendiri yang memaparkan keupayaan fungsi "superzoom".



Mahukan contoh yang lebih dekat dengan kita? Anda boleh lihat foto yang dikongsikan oleh artis popular tempatan, Fasha Sandha, yang memperagakan busana pengantin, memperlihatkan tiga mod rakaman, Normal, Close, dan Super Close.



Walaupun pada jarak jauh, hasilan dari rakaman itu menunjukkan hasil rakaman yang mengekalkan perincian serta kejelasan aksesori pada busana terbabit. Menarik bukan?



Apa lagi benda menarik tentang siri P30?

Desas-desus kuat menyatakan ukan hanya mempertaruhkan tetapan kamera yang berkuasa sahaja, siri Huawei P30 juga dilengkapkan dengan cip pemprosesan Kirin 980, RAM minima 6GB dan bateri berkapasiti 4000mAh.

Apa yang pasti, Huawei Malaysia akan menyertakan Huawei Backup, sebuah external hard drive berkapasiti 1TB, memudahkan anda membuat salinan data disamping penyediaan ruang yang lebih luas.



Aksesori ini boleh didapati jika anda berkunjung dan membeli siri P30 dari salah satu lokasi diatas yang mana akan diumumkan secara terperinci kelak.

Nampaknya Huawei Malaysia bukan sekadar membawakan peranti yang menarik, tetapi ia juga "dibawa" lebih dekat kepada anda.

Mahu tonton acara pelancaran siri Huawei P30?

Kepada yang tidak sabar-sabar menantikan kemunculan siri Huawei P30, anda boleh tonton acara pelancaran secara langsung yang berlokasi di kotaraya Paris di pautan berikut;