Hari ini, imej Nova 8 SE telah diperlihatkan dan menariknya ia menarik perhatian ramai pihak disebabkan ia menggunakan rekaan sisi rata seperti iPhone 12.
Selamat untuk kita katakan, Nova 8 SE ini bakal menjadi model pelopor yang meniru rekaan iPhone 12. Jadi, mungkin lebih banyak pengeluar yang bakal mengikuti perkara yang sama.
Namun mujur terdapat perbezaan pada rekaan kamera belakang kerana ia disusun secara teratur walaupun masih menggunakan kamera segi empat yang sama.
Mengenai spesifikasi Nova 8 SE, terdapat juga imej poster telefon berkenaan yang telah dimuat naik ke internet.
Ia memaparkan pengecasan pantas 66W, skrin 6.53 inci OLED, serta kapasiti bateri 3,800mAh. Antara spesifikasi lain yang diura-urakan adalah 16MP swafoto. 4 lensa belakang 64MP+8MP+2MP+2MP.
Nova 8 SE ini adalah antara salah satu model dalam siri Nova 8. Antara model lain yang dijangka diperkenalkan adalah Nova 8 dan juga Nova 8 Pro.
Kedua-dua Nova 8 dan Nova 8 Pro adalah merupakan model naik taraf dari Nova 8 SE jadi ia akan dimuatkan dengan spesifikasi lebih berkuasa. Siri Nova 8 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 November ini.
Dari: Weibo
Berkaitan
- Ucapkan Selamat Tinggal Untuk Sokongan MicroSD Pada Siri Galaxy S21
- 5 Salah Faham Tentang CPU Yang Sering Didengari
- Warga Emas Lembah Klang Sudah Boleh Dapatkan Dos Penggalak Secara Walk-In Bermula Hari Ini
- Sokongan Microsoft Untuk Windows 10 Mobile Akhirnya Tamat 10 Disember Ini
- Belanjawan 2021: RM27 Juta Diperuntukkan Untuk CyberSecurity Malaysia Bagi Peningkatan Kawalan Keselamatan Siber Negara
- Permainan Worms Armageddon Dapat Kemaskini Terbaru Setelah 21 Tahun Dilancarkan
- Garmin Malaysia Perkenalkan Barisan Tacx Terkini Untuk Senaman Berbasikal Dalam Rumah
- Redmi Note 9 Pro 5G Bakal Dijana Cip Snapdragon 750G, LCD 120Hz, Dan Kamera 108MP
- Huawei Y6p Dijual Pada Harga RM559 - Peranti Cip Helio P22 Dengan Bateri 5000mAh
- DxOMark: OPPO Find X2 Pro Kongsi Kedudukan Sama Dengan Xiaomi Mi 10 Pro Sebagai 'Raja' Kamera