Huawei Nova 8 SE Diperlihatkan Dengan Sisi Rata Seumpama Rekaan iPhone 12

Huawei kini sedang giat menyiapkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharu mereka iaitu siri Nova 8. Di bawah siri ini, Huawei dijangka memperkenalkan model seumpama Nova 7 seperti Nova 8 dan juga Nova 8 SE.

Hari ini, imej Nova 8 SE telah diperlihatkan dan menariknya ia menarik perhatian ramai pihak disebabkan ia menggunakan rekaan sisi rata seperti iPhone 12.



Selamat untuk kita katakan, Nova 8 SE ini bakal menjadi model pelopor yang meniru rekaan iPhone 12. Jadi, mungkin lebih banyak pengeluar yang bakal mengikuti perkara yang sama.

Namun mujur terdapat perbezaan pada rekaan kamera belakang kerana ia disusun secara teratur walaupun masih menggunakan kamera segi empat yang sama.



Mengenai spesifikasi Nova 8 SE, terdapat juga imej poster telefon berkenaan yang telah dimuat naik ke internet.

Ia memaparkan pengecasan pantas 66W, skrin 6.53 inci OLED, serta kapasiti bateri 3,800mAh. Antara spesifikasi lain yang diura-urakan adalah 16MP swafoto. 4 lensa belakang 64MP+8MP+2MP+2MP.



Nova 8 SE ini adalah antara salah satu model dalam siri Nova 8. Antara model lain yang dijangka diperkenalkan adalah Nova 8 dan juga Nova 8 Pro.



Kedua-dua Nova 8 dan Nova 8 Pro adalah merupakan model naik taraf dari Nova 8 SE jadi ia akan dimuatkan dengan spesifikasi lebih berkuasa. Siri Nova 8 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 November ini.

Dari: Weibo