Huawei Nova 2i Mendapat Diskaun Sebanyak RM 200

Huawei Malaysia pada harini telah memberi pengurangan sebanyak RM200 kepada sesiapa yang ingin membeli peranti telefon pintar 2i mereka. Telefon ini mendapat perhatian rakyat Malaysia ditambah dengan pelakon popular, Hannah Delisha menjadi duta rasmi kepada peranti tersebut.



Peranti yang digelar Selfie Superstar oleh Huawei itu akan dijual bermula dengan harga RM 1,099 dari harga asal RM 1,299. Pemotongan itu dibuat mungkin disebabkan perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang. Huaweu juga akan menyediakan hadiah percuma untuk setiap pembelian Nova 2i.

Hadiah termasuk selfie stick, Huawei Uring dan set fon kepala yang semuanya bernilai RM 499. Walaubagaimanapun, stok hadiah adalah terhad. Jadi, siapa cepat, dia dapat.



Huawei Nova 2i baru mendapat naik taraf dari segi sistem nyahkunci mereka. Peranti itu kini boleh dinyahkunci menggunakan muka anda. Sama seperti apa yang boleh dibuat oleh OnePlus 5,5T dan juga iPhone X.

Untuk lihat apa pendapat kami tentang peranti ini, sila lihat kiriman kami di SINI.

Sumber