Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG 1

Huawei Mengalu-Alukan Hasrat Kerajaan Pasang 10,000 Pengecas Awam EV

Diterbitkan Ogos 28, 2024 oleh ariff bukhari

Di Simposium Eksekutif Perindustrian Automotif Huawei Malaysia, yang dihoskan oleh Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd ( Huawei Malaysia) baru-baru ini, Encik Andy Wei, Naib Presiden Huawei Cloud di Malaysia memuji dasar Kerajaan Malaysia yang katanya telah menjadi pemacu utama industri automotif di Malaysia, sambil menambah bahawa mereka mengalu-alukan hasrat Kerajaan untuk memasang 10,000 titik pengecas awam EV menjelang tahun depan, 2025.

Simposium itu berfungsi sebagai platform untuk memudahkan dialog antara pembuat kereta Malaysia dan China, bertujuan untuk menangani cabaran industri, membolehkan kerjasama, dan memupuk konsensus dalam industri, dalam menyokong pertumbuhan sektor automotif Malaysia

Malaysia di bawah Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) menyasarkan EV mewakili 15% daripada volum industri menjelang 2030 dan 80% menjelang 2050.

Dengan Huawei Malaysia bekerjasama secara aktif dengan perusahaan tempatan, dalam menyediakan tulang belakang digital penting yang menyokong keseluruhan rantaian nilai ekosistem EV, daripada pembuatan kepada logistik dan infrastruktur, membolehkan Malaysia mencapai sasaran ini sambil kekal berdaya saing di peringkat global.

“Huawei Malaysia yakin dapat memberikan sumbangan besar kepada ketersambungan dan pendigitalan industri, dengan teknologi dan penyelesaian matangnya, serta pengalaman yang diperoleh melalui perkongsian dengan pemain automotif utama tempatan,” Andy Wei, Naib Presiden Huawei Cloud di Malaysia.

Sumber: Siaran media Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Pusat R&D Huawei Terbesar Di Dunia Dibuka, Lebih Besar Dari Apple Park Dan Kampus Microsoft (Digabungkan)
  • Huawei Kembali Di Puncak Senarai 500 'World Internet of Things'
  • Maxis Dan Huawei Jalin Kerjasama Inovasi 5G-Advanced, Tumpukan Pembangunan Teknologi Dan Bakat
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY