Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei matestation_1

Huawei MateStation – Spesifikasi PC Huawei Didedahkan

Diterbitkan November 11, 2020 oleh Amsyar Latif

Huawei kini memperluaskan dan mengembangkan lagi ekosistem mereka. Penambahan produk seterusnya adalah komputer desktop pertama Huawei – Huawei MateStation.

Huawei sudah memiliki komputer riba mereka iaitu MateBook dan terkini, gambar serta spesifikasi bagi PC ini didedahkan.

huawei matestation

Menurut laporan daripada pengguna blog Ark咔擦一下, beliau mendedahkan PC ini akan guna pemproses 7nm (tiada model terperinci) dan prestasi GPU yang sangat baik.

Tambahan lagi, laporan dari blogger weibo, Huawei berkemungkinan akan menggunakan cip AMD yang akan dilancar akhir bulan ini.

Huawei monitor

Sementara monitor bersaiz 23.8 inci dan model Kunpeng iaitu pemproses dari Huawei turut akan dilancarkan bersama.

huawei matestation_2

Beberapa laporan juga menunjukkan bahawa versi awal dikuasakan pemproses Kunpeng 24-teras, 8GB RAM, 512GB SSD Samsung dan kad grafik Radeon 520.

Ia juga mendakwa bahawa pemproses multi-teras tersebut sedikit lebih baik berbanding Intel i9-9900K.

huawei matestation_3

Huawei MateStation mempunyai SSD berkejalajuan tinggi, pengimbas cap jari dan ciri interaktif pelbagai skrin.

Berdasarkan maklumat ini, MateStation akan menjadi produk yang lebih unik yang akan mengintegrasikan telefon dengan PC sama seperti pada Huawei MateBook.

Sumber: weibo1, weibo2 via

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY