Huawei Perluaskan Ekosistem Dengan Melancarkan Enam Produk

Baru-baru ini, Huawei mengadakan acara pelancaran Global HUAWEI Seamless AI Life New Products. Pada acara tersebut, Huawei telah mengumumkan enam produk baru dimana ia memperkaya ekosistem All-Scenario 1+8+N.



Antara produk yang diumumkan dalam acara tersebut adalah Huawei FreeBuds Pro, Huawei FreeLace Pro, Huawei Watch GT 2 Pro dan Huawei Watch Fit, Huawei MateBook X dan Huawei MateBook 14.

Tambahan lagi, produk yang dilancarkan semuanya direka untuk membawa pengalaman yang lebih baik kepada pengguna di dalam kehidupan seharian, pekerjaan, kesihatan dan kecergasan hingga ke hiburan audio.

Huawei FreeBuds Pro dan Huawei FreeLace Pro




HUAWEI FreeBuds Pro adalah fon telinga stereo tanpa wayar (TWS) pertama yang menyokong pembatalan bunyi dinamik pintar. Ia menampilkan ciri-ciri seperti mengenal pasti jenis bunyi persekitaran berdasarkan kepada pengguna serta membolehkan pengguna memilih tiga profile iaitu General, Cosy dan Ultimate bagi tujuan pembatalan bunyi yang optimum.



Sementara itu, Huawei FreeLace Pro menawarkan audio yang baik dan rekaan yang menarik. Ia menyokong pembatalan bunyi sehingga 40dB agar ia lebih stabil mengikut situasi yang berlainan.

Huawei Watch GT 2 Pro dan Huawei Watch Fit


Huawei meneruskan dalam pengeluaran jam pintar menerusi Huawei Watch GT 2 Pro dan Huawei Watch Fit.



Huawei Watch GT 2 Pro merupakan jam pintar flagship yang menawarkan jangka hayat bateri sehingga 2 minggu, lebih daripada 100 mod senaman ditambah ciri-ciri penjejakan data kecergasan .



Selain itu, Huawei Watch Fit merupakan jam pintar yang mempunyai rekaan segi empat tepat. Ia hadir dengan paparan 1.64 inci AMOLED dan hanya seberat 34g. Ia juga mempunyai ciri-ciri pemantauan jantung 24 jam untuk mengesan perubahan oksigen dalam darah, keadaan tidur dan tekan.

Semua data tersebut dianalisis untuk menghasilkan nasihat kecergasan kepada pengguna dan membantu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat.

Huawei MateBook X dan Huawei MateBook 14


Huawei juga memperkenalkan barisan produk terbaru dalam komputer riba iaitu Huawei MateBook X dan Huawei MateBook 14.



Huawei MateBook X menggabungkan reka bentuk ikonik dan teknologi inovatif dengan menampilkan reka bentuk yang lebih ringan dan menarik. Beratnya hanya 1kg dan berukuran 13.6mm.

Ia dijana dengan cip pemproses Intel Core gen-10 serta paparan 3K Infinite FullView dan mempunyai skrin sentuh. Tambahan lagi, ia hadir dengan WiFi 6 yang akan memberikan penyambungan internet yang lebih pantas.



Selain itu, Huawei juga memperkenalkan Huawei MateBook 14 dimana ia dijana dengan cip pemproses terbaru dari AMD iaitu Ryzen 4000 siri H. Ia juga hadir dengan HUAWEI Shark Fin Fans yang akan memberikan prestasi prestasi termal yang baik walaupun di melakukan kerja yang berat. Tambahan lagi, MateBook 14 ini menggunakan paparan 2K Huawei Fullview.