Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei MateBook 13 Dan 14 Kini Lebih Berkuasa, Hadir Dengan Cip AMD Ryzen 4000

Huawei MateBook 13 Dan 14 Kini Lebih Berkuasa, Hadir Dengan Cip AMD Ryzen 4000

Diterbitkan Ogos 19, 2020 · Dikemas kini Ogos 19, 2020 oleh Meor Hasyim

Huawei baru sahaja melancarkan barisan komputer riba MateBook terbaharu iaitu MateBook 13 dan 14. Ia dikuasakan dengan cip AMD Ryzen 4000 terbaharu sekaligus lebih berkuasa berbanding model sebelumnya.

MateBook 13 mempunyai skrin 13 inci IPS dengan resolusi tinggi 2K (2160×1440), nisbah 3:2 dan bezel nipis.

Huawei MateBook 13 Dan 14 Kini Lebih Berkuasa, Hadir Dengan Cip AMD Ryzen 4000

Berat hanya 1.3kg, ia memuatkan bateri berkapasiti 42Wh. Komputer riba turut menyokong pengecasan pantas 65W melalui USB-C.

MateBook 14 pula menawarkan resolusi sama 2K (2160×1440), juga nisbah 3:2 namun dalam skrin sedikit besar 14 inci.

Huawei

Baterinya juga lebih besar dengan 56Wh dengan pengecasan 65W USB-C. Berat MateBook 14 adalah 1.49kg.

Kedua-dua MateBook 13 dan 14 hadir dengan RAM 16GB DDR4 2666MHz serta storan dalaman 512GB berasaskan SSD.

Kedua-duanya juga hadir dalam varian cip sama ada Rzyen 5 4600H ataupun Ryzen 7 4800H.

Di China, MateBook 13 dipasarkan bermula 4,599 Yuan (~RM2,776) manakala  MateBook 14 pula dengan harga permulaan 4,999 Yuan (~RM3,018).

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY