Huawei Mate Xs Dilancarkan - Flagship Boleh Lipat Dengan Engsel Lebih Baik


Pada acara pelancaran produk Huawei yang baru sahaja berlangsung, mereka memperkenalkan beberapa produk. Namun untuk produk utama untuk acara tersebut iaitu peranti boleh lipat Huawei Mate Xs.









Sebelum ini Mate X dilancarkan sebagai produk ulung boleh lipat dari Huawei. Namun dengan Mate Xs, Huawei membawakan beberapa penambahbaikan dari segi spesifikasi dan juga ciri-ciri penggunaan secara keseluruhan.





Bermula dengan bahan binaan terlebih dahulu, Mate Xs kini dikemaskini dengan bahan keluli cecair berasaskan zirkonium yang juga mengukuhkan rekaan engsel secara keseluruhan.





Menggunakan bahan binaan zirkonium itu, ia 30% lebih kukuh dari aloi titanium menjadikan keseluruhan peranti lasak digunakan untuk jangka masa panjang.









Untuk bukaan penuh peranti, ia bersaiz 8 inci manakala jika ditutup, ia bersaiz 6.6 inci pada bahagian hadapan dan 6.36 inci pada belakangnya. Skrin diperbuat daripada plastik dengan panel jenis OLED beresolusi 2490 x 2200 pixel.









Untuk cip pemprosesan, ia menggunakan cip Kirin 990 5G yang dikemaskini berbanding Mate X dengan Kirin 980 sebelumnya. Huawei juga menambah lebih banyak sokongan band 5G menjadikan ia lebih sesuai digunakan meluas untuk banyak negara.





Hanya terdapat satu konfigurasi memori iaitu 8GB RAM dan storan dalaman 512GB yang turut menyokong kad microSD.





Untuk kamera, peranti ini tiada kamera hadapan kerana ia menggunakan sistem kuad-kamera yang dilipat untuk mengambil gambar swafoto. 4 lensa tersebut diketuai oleh 40MP (f/1.8) utama + 8MP (f/2.4) telefoto dengan OIS + 16MP (f/2.2) sudut lebar + lensa TOF.









Bateri pula berkapasiti 4,500mAh yang juga menyokong pengecasan pantas SuperCharge 55W. Mate Xs menjalankan Android 10 dengan saduran EMUI 10. Walaupun tiada aplikasi dan servis Google, peranti ini telah dimuatkan dengan AppGallery Huawei yang telah ditambah baik untuk kemudahan pengguna.





Antara ciri utama menggunakan peranti ini adalah fungsi Multi-Window pelbagai tetingkap aplikasi yang memudahkan banyak kerja dilakukan dengan mudah.









Huawei Mate Xs dijual pada harga 2499 euro iaitu sekitar RM11,373 dan akan dipasarkan secara global pada bulan April hadapan.






Berkaitan