Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mate 40 pro

Huawei Mate 50 Pro Mungkin Dikuasakan Cip Snapdragon 898

Diterbitkan September 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Huawei sebelum ini menyatakan mereka tidak akan mengalah dalam perniagaan telefon pintar. Selain siri P50, salah satu peranti terbaik daripada Huawei adalah siri Mate.

Terbaru, Digital Chat Station melaporkan yang Huawei Mate 50 Pro dijangka dikuasakan cip pemproses baharu Qualcomm Snapdragon 898. Namun, ia hanya versi 4G LTE sahaja, bukan 5G.

Walaupun sumber tidak menyebut telefon siri Mate 50 tetapi bayangan diberikan jelas menunjukkan bahawa ia adalah telefon tersebut.

mate 40 pro

Selain itu, nampaknya khabar angin sebelum ini mungkin benar kerana Mate 50 Pro bukan dilancarkan tahun ini. Sebaliknya adalah suku pertama tahun 2022.

Tambahan lagi, tidak hairan sekiranya laporan ini benar kerana barisan telefon pintar terbaru Huawei sekarang juga banyak menggunakan cip Snapdragon yang hanya sokong rangkaian 4G.

Sumber: Digital Chat Station

Baca juga:

  • (Ulasan) Huawei Mate 40 Pro – Iterasi Pakej Telefon Pintar HMS Terbaik Setakat Ini
  • Telefon Pintar Huawei Diambang Kejatuhan
  • Hampir 100 Juta Peranti Menggunakan HarmonyOS 2

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY