Melalui kiriman yang dimuat naik oleh Huawei Malaysia pada akaun rasmi Facebook, mereka mengatakan Mate 30 Pro 5G merupakan peranti pertama untuk merasmikan rangkaian tersebut.
Bersama-sama dengan kiriman, Huawei menyertakan gambar sijil pematuhan iaitu sijil pengiktirafan menandakan peranti tersebut selamat digunakan untuk rangkaian 5G.
Melihat dengan lebih dengan Mate 30 Pro 5G akan menggunakan 3 jenis frekuensi 5G iaitu 700MHz, 3500MHz, dan 3700MHz. Dengan 3 jenis frekuensi tersebut, ia sah akan gunakan teknologi 5G C-band bawah 6GHz.
Berkenaan dengan peranti tersebut, Huawei Mate 30 Pro 5G (panjang betul namanya) merupakan peranti yang sama dengan Mate 30 Pro biasa dengan sokongan rangkaian 5G. Ia dikuasakan oleh cip HiSilicon Kirin 990 dengan sistem 4 lensa belakang.
Tiada tarikh mengenai ketibaan peranti ini namun kemungkinan besar ia akan hadir dalam masa terdekat memandangkan Huawei ingin jadi syarikat yang pertama gunakan rangkaian 5G tersebut.
Sumber: Huawei
Berkaitan
- Syarikat Di Sebalik KakaoTalk Melancarkan Telefon Pintar Pertama Mereka Dinamakan Stage 5G
- COD Mobile - Misi, Hadiah Dan Aktiviti Menarik Pada 30 November Ini Menanti Anda
- Huawei Umum Cip Kirin 820 5G - Pengganti Kirin 810 Dengan Prestasi GPU 38% Lebih Berkuasa
- Topup RM30 ShopeePay Day 1 Januari 2022, Boleh Dapat 33,333 Shopee Coins
- Snapdragon 865 Diumumkan - Cip Kelas Flagship Tahun 2020, Tapi Tiada Modem 5G Terbina
- Huawei MatePad Pro Dilancarkan - Tablet Berkuasa Dengan Rekaan Kamera Berlubang
- Huawei Lancar Model Kelas Permulaan Y5p Dan Y6p - Cip Helio P22 Dengan MicroUSB
- POCO M3 Akan Hadir Ke Malaysia 27 November Ini - Promosi Khas Harga RM499/RM599 Dan Fon Telinga Percuma
- Redmi K30 5G Racing Edition Dilancarkan - Hanya Kemaskini Cip Dengan Snapdragon 768G
- Huawei Lancar Jam Pintar Watch GT 2e - Lebih Murah Berbanding Watch GT 2 46mm