Huawei Dilaporkan Telah Bersedia Melancarkan Hongmeng

Sudah pastinya pengguna peranti Huawei di China akan menjadi penerima terawal sistem operasi tersebut.


Kurang dari 2 bulan sahaja lagi Huawei dilarang mengakses Android, sistem operasi Hongmeng yang dikatakan akan menggantikan Android bagi peranti pintar Huawei dilaporkan telah sedia untuk dilepaskan kepada para penggunanya.

Ia disahkan sendiri oleh Naib Presiden Komunikasi dan Hubungan Awam Huawei Technologies Co Ltd, Andrew Williamson dalam satu wawancara bersamanya di Bandar Mexico baru-baru ini.

Beliau merupakan salah sorang eksekutif Huawei yang telah dilarang bekerja dengan firma teknologi Amerika Syarikat (AS) oleh kerajaan A.S.

Walaubagaimanapun menurut beliau, ini bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh Huawei. Sebaliknya mereka gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Android sebelum ini.

Tetapi disebabkan oleh tindakan pentadbiran Trump yang telah menyenarai hitamkan syarikat mereka daripada menjalankan perniagaan dengan syarikat teknologi AS sekaligus menyekat akses mereka kepada sistem Android , maka mereka bersedia untuk melancarkan Hongmeng dalam beberapa bulan ini bagi menggantikan Android.

Beliau berkata, Huawei ketika ini dalam proses bagi mendapatkan tanda dagang ke atas Hongmeng, malah beliau juga mendakwa sistem operasi tersebut mungkin sudah dilancarkan pada satu juta peranti di China sebagai ujian awal kepada penggunanya.

Semakan terhadap Data Pertubuhan Harta Intelek Dunia PBB juga telah menunjukkan bahawa syarikat gergasi China itu sudah tersenarai menunggu permohonan tanda dagangan ke atas Hongmeng diluluskan di beberapa negara.

Sumber: Reuters