Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Pasarkan 153 Juta Unit Telefon Pintar Sepanjang 2017

Huawei Dilaporkan Merancang Memberhentikan Operasi Mereka Secara Besar-Besaran Di A.S

Diterbitkan Julai 14, 2019 · Dikemas kini Julai 14, 2019 oleh ariff bukhari

Sebahagian pekerja telah menerima berita pemecatan mereka. 

Bersandarkan pada laporan terbaru Reuters hari ini yang memetik sumber dari Wall Street Journal (WSJ),  Huawei Technologies Co Ltd dikatakan sedang merancang untuk memberhentikan operasi mereka secara besar-besaran di Amerika Syarikat berikutan mereka terpaksa bergelut dengan penyenaraian hitam oleh pihak Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Pemberhentian operasi itu secara langsung dijangka akan turut melibatkan beratus-ratus pekerja Huawei di A.S termasuklah pekerja mereka yang berwarganegara China. Mereka diberi pilihan sama ada pulang ke negara asal mereka atau kekal bersama syarikat tersebut.

Malah sesetengah daripada pekerja Huawei di A.S telah maklum akan berita pemecatan mereka. Rancangan pemotongan kerja yang lebih terancang juga mungkin akan diumumkan tidak lama lagi.

Kesan tindakan pemberhentian operasi besar-besaran itu dijangka akan memberi kesan kepada para pekerja mereka di Syarikat Futurewei Technologies yang berpusat di AS. Syarikat tersebut merupakan jabatan penyelidikan dan pembangunan Huawei yang memiliki pekerja hampir 850 orang di seluruh A.S.

Pada minggu lalu telah dilaporkan, pentadbiran Trump masih menyenaraikan Huawei sebagai senarai entiti oleh Jabatan Perdagangan A.S. Ia telah disahkan oleh Setiausaha Jabatan tersebut, Wilbur Ross.

Walaubagaimanapun, beliau berkata kerajaan AS masih akan mengeluarkan lesen kepada syarikat yang ingin menjual barangan mereka kepada Huawei yang tidak memberi ancaman terhadap keselamatan negara.

Namun begitu, penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow menjelaskan, lesen yang diberikan itu hanyalah sebagai masa bertenang buat tempoh terhad sementara perbincangan perdagangan dua hala antara A.S dan China berlangsung.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY