Kajian tersebut dijalankan Huawei di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan mereka yang terletak di Ottawa, Kanada. Difahamkan perancangan 6G Huawei mungkin tersedia secara komersial selepas 2030.
Gergasi teknologi dari China itu juga telah menjalinkan kerjasama dengan 13 universiti serta institusi penyelidikan lain bagi membangunkan teknologi terbaru itu.
Terdahulu, Samsung juga dilapor sudah memulakan penyelidikan awal berkaitan dengan rangkaian 6G melalui Samsung Research yang juga bertanggungjawab mengendalikan Penyelidikan dan Pembangunan kecerdasan buatan serta robotik.
Ia merupakan perkara biasa bagi sesuatu teknologi baru melalui fasa penyelidikan dan pembangunan bertahun lebih awal, seperti Huawei yang mula melabur $600 juta dalam pembangunan teknologi dan piawaian 5G pada 2009.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Bocoran Imej Membayangkan Samsung Galaxy S10 Mempunyai Bezel Yang Sangat Nipis
- Samsung Bakal Kemaskini Galaxy Note 7 Kepada Android Nougat Tahun Ini
- Samsung Galaxy Watch Active 2 Diumumkan Dengan Ciri Kawalan Pada Bezel Dan LTE
- Samsung Bergandingan Dengan Blackberry Hasilkan Tablet “Spy-Proof”
- Bukan Apple Je, Samsung Pun Ada Kain Lap
- Samsung Keluarkan Poster Membandingkan Markah DxOMark Galaxy S10+ Dan Huawei P30 Pro
- Samsung Galaxy Fit2 Mula Dijual Pada Harga RM179
- Huawei Enjoy 8 - Spesifikasi Penuh Dan Imej Rekaan Tertiris
- Huawei Dilarang Pra-Pasang Aplikasi Facebook, WhatsApp Dan Instagram Pada Peranti Terbaru
- Siri Huawei P40 Terima Anugerah Telefon Pintar Dengan Foto Terbaik Dari TIPA