Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei Dikatakan Sudah Memfailkan Tanda Dagang “HongMeng OS” Di Malaysia

Posted on Jun 14, 2019Jun 14, 2019

Kita sedia maklum dengan laporan-laporan yang menyatakan kewujudan sistem operasi Hong Meng OS yang dibangunkan oleh Huawei bagi barisan peranti mereka.

Antara yang dikhabarkan sebelum ini adalah kesediaan Huawei untuk melancarkannya beberapa bulan lagi, beberapa syarikat pengeluar asal China sudah mengujinya tetapi dinafikan oleh Huawei dan banyak lagi.

Perkembangan terbaru mengenainya, Huawei dikatakan telah memfailkan  tanda dagang (trademark) Hong Meng yang dipohon daripada MyIPO, seperti mana yang dilaporkan oleh laman Lowyat.net. Menurut laporan tersebut, ia sudah difailkan sejak 24 Mei 2019 yang lalu.

Difahamkan juga, Huawei turut memfailkan tanda dagang Hong Meng di beberapa negara lain. Hong Meng OS diwar-warkan bakal dilancarkan di China terlebih dahulu dengan melibatkan 1 juta peranti sebagai ujian awal kepada pengguna dan seterusnya ke pasaran global, mungkin sekitar tahun hadapan.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress