Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amerika Syarikat Perketat Halangan Untuk Huawei Terima Akses Teknologi Dan Cip Pemproses

Huawei Dijangka Perkenal Cip Kirin 9000L, Guna Teknologi Samsung

Diterbitkan Mac 23, 2021 ยท Dikemas kini Mac 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada bulan yang lalu, Huawei telah selamat melancarkan telefon pintar boleh lipat Mate X2 di China yang menggunakan cip Kirin 9000.

Terbaru, mereka dijangka akan memperkenalkan cip Kirin yang ketiga, iaitu Kirin 9000L tidak lama lagi. Menurut WHYLAB, cip ini akan dibangunkan dengan menggunakan teknologi EUV Samsung 5nm.

Perbezaan cip ini berbanding Kirin 9000 dan Kirin 9000E adalah frekuensi teras utama CPU dikurangkan kepada 2.86GHz. Sementara GPU hadir dengan 18-teras Mali-G78 serta NPU mempunyai 1 teras besar dan 1 teras kecil.

Huawei P50 Pro_1

Melihat pada ini, ia mungkin satu percubaan daripada Huawei dalam mendapatkan bekalan cip disebabkan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat terhadap mereka.

Selain itu, cip tersebut juga mungkin bakal digunakan pada siri terbaru Huawei P50 yang dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Mei.

Namun, adakah Huawei berjaya menggunakan teknologi dari Samsung memandangkan ia belum pasti adakah Samsung diberi kebenaran dalam membantu Huawei.

Sumber: gizmochina, huawei central

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY