Model Terbaru Huawei Mate Xs Akan Dilengkapi Dengan Pengecas Pantas 65W

Huawei Mate Xs akan diperkenalkan secara rasmi pada awal tahun 2020.


Huawei dilaporkan akan memperkenalkan model terbaru bagi telefon pintar boleh lipat mereka iaitu Huawei Mate X dengan menawarkan pula versi yang dinamakan Mate Xs.

Model terbaru telefon pintar boleh lipat mereka itu dijangkakan akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan nanti.

Mate Xs dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 990 yang menyokong sambungan rangkaian 5G, skrin yang lebih tahan lasak, dan rekaan engsel yang lebih baik,.

Malah Mate Xs juga akan dilengkapi dengan peranti pengecas pantas yang berkuasa lebih besar iaitu 65W.

Kapsyen: Model Huawei Mate X sebelum ini hanya dilengkapi dengan pengecas pantas 55W.


Huawei Mate Xs juga dijangka akan membuat kemunculan di acara pameran teknologi MWC 2020 dalam bulan Februari 2020 nati.

Huawei Mate Xs telah pun diumumkan oleh Huawei pada Oktober lalu ketika memperkenalkan model terbaru Mate 30 5G dan Mate 30 Pro 5G di China.

Generasi kedua Huawei Mate X ini juga dikhabarkan akan ditawarkan kepada pengguna seawal bulan Mac 2020.

Sumber: XDA-Developers