Huawei telah menandatangani perjanjian bersama syarikat telekomunikasi Rusia bagi membangunkan rangkaian 5G di negara tersebut.
Pertemuan antara 2 pemimpin paling berkuasa di dunia, Xi Jinping dari China dan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow baru-baru ini telah menjadi saksi termeterainya perjanjian antara Huawei dan syarikat telekomunikasi Rusia, MTS bagi kerjasama pembangunan rangkain 5G di negara Rusia.
Pembangunan teknologi rangkain 5G itu dijangka akan dimulakan pada tahun 2020 nanti. Ia merupakan berita baik kepada pihak Huawei yang telah diserang dengan teruk oleh kerajaan Amerika yang menyekat kemasukan produk-produk serta teknologi 5G Huawei dengan alasan "pengintipan" yang kononnya dibuat oleh pihak Huawei.
Malah Amerika turut berusaha meminta negara-negara yang bersekutu dengannya supaya tidak menerima kerjasama untuk pembangunan teknologi rangkaian 5G dari Huawei di negara mereka.
Walaupun diserang dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas Huawei oleh A.S, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir pula tidak mempedulikan tuduhan-tuduhan tersebut. Sebaliknya beliau secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia akan cuba menggunakan teknologi Huawei sebanyak mungkin.
Sumber: The Guardian
Berkaitan
- Huawei Dilaporkan Akan Terjun Ke Pasaran Kad Grafik Untuk Pelayan Komputer Dalam Tahun Ini
- Satelit Starlink Lakukan Lebih 1,700 Kali Pergerakan Bagi Mengelak Serpihan Misil Anti Satelit Rusia
- HUAWEI Melancarkan nova 8i Bersama Barisan Tablet, Monitor, Jam Pintar Dan Fon Telinga Terbaru Hari Ini
- Huawei Didakwa Membantu Pembangunan Teknologi Rangkaian Tanpa Wayar Untuk Korea Utara
- HUAWEI P60 Pro Dan Barisan Produk Lain Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Mei Ini
- Telco Portugal Bersatu Untuk Tidak Gunakan Peralatan 5G Huawei
- Huawei Mengesahkan Tarikh Pelancaran Cip Pemprosesan Kirin 990
- Diskaun Sehingga RM1,500 Dan Banyak Lagi Tawaran Dari Huawei Sempena Merdeka
- Sambar Huawei Mate 50 Pro Dengan Digi Serendah RM70/bulan
- Jualan iPhone XR Menewaskan Oppo, Samsung, Xiaomi Dan Huawei