Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei boleh lipat

Huawei Akan Lancar Lebih Banyak Telefon Boleh Lipat Tahun Ini

Diterbitkan April 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Sekitar Februari yang lalu, Huawei telah memperkenalkan telefon boleh lipat baharu mereka menerusi Mate X2. Walaupun harganya tidak murah, ia tidak menjejaskan langsung jualannya.

Malah terbaru, Digitimes melaporkan yang mana mereka akan melancarkan lebih banyak lagi peranti boleh lipat tahun ini. Dikatakan, sebanyak tiga peranti yang akan diperkenalkan.

Tambahan lagi, Huawei turut ingin menyasarkan segmen yang lebih mampu milik dan mahu lebih ramai memiliki telefon boleh lipat memandangkan model sebegini tidak semua yang dapat membelinya.

HUAWEI Mate X2 Black
Huawei Mate X2

Selain itu, Samsung juga mahu mengeluarkan telefon boleh lipatnya sekitar pertengahan tahun 2021. Malah, Asus juga dikhabarkan ingin menyertai segmen boleh lipat ini.

Dalam pada itu, peranti boleh lipat sebenarnya sudah mula mendapat perhatian pengguna kerana laporan dari Digitimes menjangkakan bahawa sebanyak 7 juta unit akan dikeluarkan pada tahun ini.

Sumber: Digitimes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY