Hotlink Prepaid Internet 365 Kini Serendah RM6, Internet Berkelajuan Tinggi Sepanjang Tahun

Maxis bhd kini menawarkan pelan pra bayar baharu iaitu Hotlink Prepaid Internet 365 yang membolehkan pelanggan mereka menikmati pelan internet yang mudah diakses dan berkelajuan tinggi sepanjang tahun pada harga serendah RM6.00 sahaja.

Pelan baharu ini juga dilengkapi dengan tempoh aktif 60 hari untuk tambah nilai dan juga pilihan untuk membeli tempoh aktif SIM 365 hari pada harga RM30.00.

Jadi pengguna tidak perlu lagi risau untuk kerap menambah nilai bagi memastikan SIM mereka tetap aktif.

Hotlink Prepaid Internet 365 dilengkapi dengan tiga jenis pas untuk memenuhi semua keperluan kesalinghubungan sama ada telefon video bersama rakan dan keluarga, mengikuti berita, atau hanya melalui aplikasi pesanan.

Kuota internet Hotlink membolehkan pengguna mengawal sepenuhnya penggunaan data mereka tanpa had laju - hanya internet berkelajuan tinggi sepanjang tahun.



Anda boleh mendapatkan Hotlink Prepaid Internet 365 pada harga promosi hanya RM25 untuk pek SIM, internet berkelajuan tinggi 365 hari 10GB dan kredit tambahan RM2 yang boleh anda dapatkan secara eksklusif dalam talian.

Untuk info lanjut tentang promosi ini, sila layari laman muka Store Hotlink.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Hotlink Prepaid Internet 365, terus ke https://www.hotlink.com.my/ms/plan/prepaid-internet-365/

Sumber: Maxis

Baca juga: Jom Sambar Samsung Galaxy A12 Dan Xiaomi Redmi 9A Dari Digi

Nikmati Kelajuan Internet Sehingga 800Mbps Dengan Hotlink Postpaid Dan Fibre

Dengan Maxis Zerolution, Anda boleh Dapatkan Pelbagai Peranti Pintar Dari Hanya RM1 Sebulan