Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor V40 Rasmi Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 1000+, Paparan 120Hz Dan Kamera Utama 50MP

Honor V40 Rasmi Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 1000+, Paparan 120Hz Dan Kamera Utama 50MP

Diterbitkan Januari 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, Honor dijangka akan melancarkan telefon pertama mereka selepas tidak lagi dibawah naungan Huawei.

Kini, Honor rasmi melancarkan telefon V40 5G yang dikuasakan cip Dimensity 1000+, paparan dengan kadar penyegaran 120Hz dan kamera utama 50MP.

Melihat pada spesifikasi, ia adalah hampir sama seperti yang kami laporkan sebelum ini. Ia dilengkapi skrin melengkung berukuran 6.72 inci OLED dengan resolusi 2676×1236. Selain kadar penyegaran 120Hz, kadar pensampelan sentuhnya adalah 300Hz.

honor 2

Pada bahagian belakang telefon, terdapat tiga tetapan kamera – 50MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro serta dilengkapi autofokus laser. Sementara kamera swafoto pula 16MP.

Di dalamnya pula, ia menawarkan bateri sebesar 4000mAh dengan sokongan pengecasan wayar 66W. Manakala pengecasan tanpa wayar sehingga 50W.

Honor V40 5G turut hadir dengan Magic UI 4.0 tetapi menjalankan sistem operasi Android 10. Malah, masih belum ada khabar berita sama ada ia menyokong GMS atau tidak.

honor 1

Telefon ini sudah pun mula dijual buat pasaran China dengan tiga warna pilihan – Night Black, Titanium Silver, Rose Gold beserta varian 8GB+128GB atau 8GB+256GB.

Harga jualan bagi Honor V40 pula bermula RMB3599 (~RM2248) sehingga RMB3999 (~RM2497).

Sumber: Honor via

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY