Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor V40

Honor V40 Light Luxury Edition Dilancarkan, Ini Spesifikasi Penuh

Diterbitkan Mac 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada awal tahun, Honor rasmi melancarkan V40, iaitu telefon pertama selepas tidak lagi bersama Huawei.

Hari ini, mereka memperkenalkan versi baharu telefon itu menerusi Honor V40 Light Luxury Edition. Kali ini ia hadir dengan rekaan lebih ringan dengan paparan skrin melengkung.

Telefon tersebut tampil dengan rekaan setebal 7.66mm dan berat hanya 169g. Ia turut dilengkapi skrin OLED FHD+ 6.57 inci dengan kadar penyegaran 90Hz.

Pada bahagian depan, ia menempatkan satu lensa swafoto 32MP. Sementara belakang, terdapat 4 lensa dimana – 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

v40 honor

Di dalam, terbina cip MediaTek Dimensity 800U, bateri 3800mAh dengan pengecasan pantas 66W dan menjalankan sistem operasi Magic UI 4.0.

Honor V40 edisi ini ditawarkan dua varian, 8GB+128GB dengan harga 2999 Yuan (~RM1898). Manakala, 8GB+256GB pula berharga 3299 Yuan (~RM2088).

Ia juga mempunyai banyak pilihan warna seperti silver, hitam, biru serta banyak lagi dan akan mula dijual di pasaran China pada 26 Mac.

Meski pun begitu, belum pasti sama ada ia akan tiba di Malaysia atau tidak dan penamaan telefon pintar ini buat pasaran global juga masih belum diumumkan.

Sumber: gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY