Honor V40 5G Sah Akan Dilancarkan Pada 18 Januari

Terdapat ura-ura mengatakan Honor V40 akan dilancarkan pada 12 Januari dan spesifikasi bagi peranti ini turut telah didedahkan.

Terbaru, Honor telah mengesahkan bahawa peranti baharu mereka iaitu V40 5G akan dilancarkan pada 18 Januari 2021 ini.



Berdasarkan poster dan video yang dikongsikan Honor, nampaknya spesifikasi yang didedahkan sebelum ini adalah hampir tepat.



Pada bahagian hadapan, ia menggunakan rekaan paparan skrin melengkung di mana terdapat dua kamera swafoto pada bahagian atas kiri peranti.

Manakala bahagian belakang V40 akan mempunyai tetapan 4 kamera yang mana ia akan hadir dengan sensor Sony IMX766.

Di bawah peranti pula, terletak antena dan kad sim. Selain itu, spekulasi sebelum ini mengatakan ia akan menyokong paparan 120Hz serta pengecasan pantas 66W.

Sumber: stufflistings