Hari ini HONOR Malaysia mengumumkan bahawa dua peranti tersebut akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Oktober ini.
HONOR MagicBook Pro merupakan komputer riba yang memfokuskan untuk produktiviti yang lebih baik. Ia dijanakan dengan cip pemproses AMD Ryzen 5 4600H dengan grafik bersepadu Radeon.
Paparan komputer riba ini bersaiz 16.1 inci FullView dengan 90% nisbah skrin ke badan. Beratnya pula hanya sekitar 1.7kg.
Manakala bagi HONOR Watch GS Pro, ia dimuatkan dengan cip pemproses Kirin A1 dengan paparan skrin 1.39 inci OLED. Turut dimuatkan dengan lebih daripada 100 jenis aktiviti sukan.
Tambahan lagi, jam ini hadir dengan sensor pengesan nadi, pemantauan corak tidur serta menyokong GPS. HONOR juga menyatakan jangka hayat bateri pada jam ini mampu bertahan sehingga 25 hari.
Selain itu, Watch GS Pro ini adalah sebuah jam yang tahan lasak dan memenuhi sebanyak 14 piawaian MIL-STD-810G.
Buat masa ini, HONOR masih belum mengumumkan harga bagi kedua-dua peranti ini dan ia akan diumumkan pada 6 Oktober 2020 kelak.
Berkaitan
- Mungkin Ini Rekaan iPhone 13 Pro Max, Kamera Lebih Besar
- Rekaan MacBook Pro Akan Dikemaskini - Sokongan MagSafe, Tiada Touch Bar
- Twitter Kini Kembalikan Fungsi Ciapan Semula Seperti Dahulu
- Pengguna Boost Kini Boleh Akses Dan Bandingkan Harga Produk Dalam Aplikasi
- (Reaksi Awal) HONOR Magic6 Pro, Ada Sesuatu Yang Kurang
- HONOR Magic V Dijangka Hadir Dengan Spesifikasi Ini
- Mi 11 Pro Turut Dijangka Hadir Dengan Skrin Kedua Di Belakang Telefon
- iPadOS 15 Diperlihatkan, Kini Lebih Produktif
- OPPO Watch Dan OPPO Find X2 PRO Green Vegan Leather Akan Hadir Pada 25 September
- Fungsi Menapis Dan Kurangkan Kecaman Di Instagram Kini Dilancarkan