HONOR MagicBook Habis Terjual Dalam Masa 15 Minit

HONOR Malaysia mengumumkan HONOR MagicBook telah habis dijual dalam masa 15 minit selepas jualan dibuka pada 8 April 2020. Melalui pembelian terawal itu, pelanggan telah menerima hadiah percuma bernilai RM1017 termasuk HONOR MagicWatch 2, tetikus tanpa wayar dan bag komputer riba HONOR.



Ditawarkan pada harga RM2299, MagicBook menawarkan komputer riba dengan bateri lebih tahan lama, dan dijana cip pemprosesan Ryzen 5 3500U dengan integrasi grafik Radeon Vega 8. Selain itu, ia turut dilengkapkan bateri 57.4WH dengan pengecasan pantas 65W yang memberikan 10 jam tempoh penggunaan.

Komputer riba ini habis terjual dalam masa 2 minit di Hihonor dan Shopee, serta 15 minit di Senheng dan SenQ. Bagi yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan MagicBook untuk jualan pertama, anda masih boleh mendapatkan MagicBook dengan set hadiah percuma yang baru.

Untuk pembelian melalui Senheng dan SenQ, anda akan menerima hadiah percuma HONOR Band 5 Sport, tetikus tanpa wayar dan bag komputer riba HONOR. Manakala, hadiah percuma HONOR Band 5i, tetikus tanpa wayar dan bag komputer riba HONOR akan diberikan apabila anda melakukan pembelian melalui Shopee bermula 9 April dan 15 April di Hihonor.