Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR MagicBook 14 Dengan 8GB RAM, 256GB Storan Kini Berharga RM 2,299

Posted on Oktober 19, 2020

HONOR Malaysia telah melancarkan komputer riba MagicBook 14 pada Julai yang lalu. Sebelum ini, model dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB dijual pada harga RM 2,499.

Terbaru, HONOR Malaysia mengemas kini harga jualan bagi komputer riba ini iaitu pada harga RM 2,299.

Mengimbas kembali, MagicBook 14 dilengkapi paparan IPS LCD 14 inci dengan berat 1.38kg serta biaan kerangka aluminium.

Ia dijana dengan cip pemproses AMD Ryzen 5 3500U dengan integrasi grafik Radeon Vega 8.

Hadir dengan warna Mystic Silver dan pembelian komputer riba ini boleh dilakukan melalui HiHonor, Lazada atau Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress