Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BM_HONOR 50_First Sale KV

HONOR 50 Kini Boleh Didapati Di Seluruh Negara

Diterbitkan Oktober 25, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Bagi yang ingin memiliki HONOR 50, and kini berpeluang mendapatkannya dengan ganjaran sehingga RM300 bagi model 8GB + 256GB dan RM120 bagi versi 6GB + 128GB.

BM_8+256GB Now Available Nationwide

Hadir dengan Snapdragon 778G, memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB, skrin melengkungnya pula seluas 6.57 inci OLED menyokong kadar segar semula 120Hz. Untuk bahagian kamera pula, ia didatangkan dengan 108MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP untuk makro serta bantuan bokeh (depth). Kamera swafoto pula adalah 32MP.

BM_6+128GB Now Available Nationwide

HONOR 50 hadir dengan 2 warna pilihan iaitu Midnight Black dan edisi terhad HONOR Code dengan 6GB RAM + 128GB untuk RM1,699 dan boleh didapati melalui kedai dalam talian sahaja. Versi 8GB RAM + 256GB pula didatangkan dengan tanda harga RM1,999 dan hadir dengan 3 pilihan warna Frost Crystal, Emerald Green dan Midnight Black, boleh didapati di pelbagai kedai dalam dan luar talian.

HONOR 50_Digi_KV

HONOR 5O kini disediakan dalam Pelan Pascabayar Freedom365 Digi. Dengan bayaran bulanan dari RM36/sebulan Pascabayar 120 Digi, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,135.
Harga Promosi Peranti bermula 25 Oktober hingga 24 November 2021 dengan sifar bayaran muka dan kadar imbuhan 0%.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh ke stor Digi atau klik INI.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR

Baca juga:

  • Menarik Minggu Ini: HONOR 50, Cip M1 Baharu, Pixel 6, Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition
  • HONOR 50 Akhirnya Tiba Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699
  • Dua Telefon Baharu HONOR Bakal Diperkenal Minggu Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY