Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR 20 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Akan Dijual Pada Harga RM1699

Posted on Mei 23, 2019

Seperti yang diwarkan-warkan sebelum ini, peranti terbaru HONOR 20 kini sudah rasmi diumumkan untuk pasaran Malaysia.

HONOR 20 merupakan sebuah peranti yang datang dengan skrin paparan 6.26 inci bersama rekaan punch hole pada bucu kiri menempatkan kamera hadapan 32MP (f/2.0).

Menguasakan dari dalam adalah cip pemprosesan Kirin 980 bersama kombinasi memori RAM 6GB serta ruang simpanan 128GB. Berada dibahagian belakang adalah tetapan kamera yang terdiri daripada lensa 48MP (f/1.8)+16MP (f/2.2)+2MP lensa makro+2MP lensa depth.

HONOR 20 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3750mAh dan ia diisi dengan melalui port USB dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W SuperCharge.

Harga untuk pasaran Malaysia telah ditetapkan pada nilai RM1699. Berkenaan dengan pra-tempahan serta penjualan HONOR 20 masih belum diberitahu lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress