Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hong Leong Bank Tawar Penangguhan Bayaran Pinjaman Selama 6 Bulan Untuk Mangsa Banjir

Hong Leong Bank Tawar Penangguhan Bayaran Pinjaman Selama 6 Bulan Untuk Mangsa Banjir

Diterbitkan Disember 20, 2021 · Dikemas kini Disember 20, 2021 oleh Faiz Munir

Berikutan dengan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank telah menggerakkan program Bantuan Banjir kepada mereka yang terlibat.

Program ini ditawarkan kepada individu, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dan perusahaan mikro untuk menangguhkan pembayaran selama 6 bulan ke atas kemudahan pinjaman dan pembiayaan kad kredit.

PKS dan perusahaan mikro yang memerlukan modal juga diberikan pembiayaan tambahan untuk membiaya perniagaan mereka yang terjejas dengan banjir. 

Bagi mereka yang sudah menerima Bantuan Pembayaran PEMULIH atau (PRAP) juga masih boleh untuk memohon Bantuan Banjir ini. Pihak bank juga bersedia untuk membantu menggantikan sebarang dokumen bank yang hilang semasa banjir secara percuma.

Anda boleh memohon Bantuan Banjir di Hong Leong Bank dengan menghubungi talian 03-7959 1888 atau boleh klik SINI.

Sumber: Siaran akhbar Hong Leong Bank

Baca juga:

  • Ini Cara Sumbang Mangsa Banjir Melalui Touch ‘n Go eWallet
  • Tan Sri Muhyiddin Tekankan Mengapa DNB Penting Untuk 5G Di Malaysia

  • Tak Payah Beratur Panjang, Ini Cara Bayar Saman Melalui ATM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY