Honda Motor Co. mencatat kerugian tahunan pertamanya dalam masa hampir 70 tahun selepas mengalami kerugian besar dalam segmen kenderaan elektrik (EV).
Dalam laporan kewangan tahunan yang dikeluarkan semalam, Honda melaporkan kerugian operasi sebanyak 414.3 billion yen (kira-kira RM12.7 bilion) untuk tahun fiskal berakhir Mac 2026. Kerugian berkaitan EV sahaja mencecah 1.579 trillion yen (kira-kira RM48 bilion).
Akibat kerugian teruk ini, Honda memutuskan untuk menangguhkan semua projek kenderaan elektrik yang sedang dirancang dan akan beralih sepenuhnya kepada strategi sistem kuasa campuran, iaitu gabungan enjin petrol, hibrid dan plug-in hybrid (PHEV).
Keputusan ini menandakan perubahan besar hala tuju Honda selepas beberapa tahun agresif melabur dalam teknologi EV. Syarikat itu kini mengakui bahawa peralihan kepada EV terlalu pantas dan kurang menguntungkan berbanding jualan hibrid yang masih kukuh.
Pengarah Eksekutif Honda, Toshihiro Mibe, sebelum ini menyatakan bahawa syarikat itu “terlalu optimis” dengan permintaan EV global dan kini mahu memberi tumpuan kepada teknologi yang lebih realistik dan menguntungkan.
Walaupun prestasi EV lemah, Honda kekal kukuh dalam pasaran hibrid, terutamanya di Amerika Utara dan Asia. Syarikat itu juga merancang untuk melancarkan lebih banyak model hibrid baharu dalam masa terdekat.
Keputusan Honda ini turut mencerminkan trend yang semakin ketara di kalangan pengeluar automotif Jepun, iaitu Toyota, Mazda dan Subaru juga lebih berhati-hati dengan pelaburan EV sepenuhnya.
{suggest}
