Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
roket honda

Teknologi Roket Honda Kini Saingi Model SpaceX

Diterbitkan Jun 19, 2025 · Dikemas kini Jun 19, 2025 oleh ariff bukhari

Honda kini menyertai kelompok eksklusif syarikat seperti SpaceX, Blue Origin dan beberapa syarikat China yang telah membangunkan teknologi roket boleh guna semula.

Ini selepas Honda Motor Company telah berjaya melancarkan dan mendaratkan roket boleh guna semula pada ujian pertamanya di Hokkaido, Jepun baru-baru ini.

Ini juga menjadikan Honda sebagai syarikat bukan dari AS atau China pertama yang berjaya melakukan ujian seperti ini.

Roket seberat 1.3 tan itu mencapai ketinggian hampir 900 kaki (271 meter) dalam masa 57 saat, kemudian mendarat hanya 37 cm dari sasaran.

roket honda

Roket prototaip ini dibangunkan oleh Honda R&D Company, dan menggunakan teknologi lepas landas serta pendaratan menegak (VTVL) – sama seperti yang digunakan oleh SpaceX.

Roket ini dilengkapi dengan kaki pendaratan boleh lipat dan sirip aerodinamik, serta dipercayai menggunakan bahan api kriogenik seperti metana dan oksigen cecair.

Walaupun masih di peringkat penyelidikan asas, Honda merancang untuk melancarkan ujian suborbital menjelang 2029.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Xiaomi Patenkan Teknologi Bateri Keadaan Pepejal Baharu, 10 Minit Cas Beri Julat 800 Km
  • Maglev China Capai Kelajuan 650 Km/j Dalam 7 Saat

Sumber: Honda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY