Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hoba meteorite

Hoba, Meteorit Terbesar Berusia 400 Juta Tahun Yang Pernah Dijumpai Di Bumi Setakat Ini

Diterbitkan Januari 28, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam musim sejuk pada tahun 1920 dahulu, seorang petani terkejut apabila secara tidak sengaja menemui sebuah batu besi berkilat yang sangat besar tertanam di dalam kawasan tanah miliknya.

Penemuan itu  tersebar dengan pantas dan telah menarik minta ahli saintis serta orang ramai untuk datang melihat sendiri batu besi itu.

Selepas kajian dibuat ia disahkan bahawa batu besi itu adalah sebuah meteorit yang didakwa menghentam bumi sekitar 80,000 tahun dahulu.

Meteorit itu dinamakan sebagai Meteorit Hoba sempena lokasi batu itu ditemui di Barat Hoba West, berhampiran dengan Grootfontein di utara negara Namibia.

hoba 2

Sehingga kini, Meteorit Hoba merupakan satu-satunya meteorit terbesar yang pernah dijumpai di Bumi. Ia berukuran  2.95 x 2.84 m dan beratnya  dianggarkan seberat 60 tan.

Usia Meteorit Hoba itu pula dianggarkan berusia antara 200 hingga 400 juta tahun. Kandungan Meteorit Hoba sebahagian besarnya adalah terdiri daripada besi (82,4%)  dan nikel (16,4%)

Elemen selebihnya pula terdiri daripada kobalt. Ia sekaligus menjadikan Meteorit Hoba sebagai seketul batu besi semula jadi terbesar di dunia.

hoba 1

Pada tahun 1955, Namibia pada ketika itu Kerajaannya adalah Afrika Selatan telah mengisytiharkan Meteorit Hoba sebagai monumen negara sebagai langkah bagi mengelakkan ia daripada aktiviti vandalisme.

Dalam tahun 1987 pula, kawasan tanah yang dihuni oleh batu meteor telah diberikan pemilik tanah tersebut kepada pihak kerajaan negara tersebut.

Sumber: namibia-accommodation, Britannica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY