Arahan pemulangan ini tertaluk kepada pelanggan yang membeli produk komputer riba dari Disember 2015 hingga Disember 2017 bagi melihat samada produk mereka terlibat dengan bahaya kebakaran.
HP berkata bateri dari tempoh masa tersebut mempunyai potensi untuk menjadi terlalu panas atau 'overheat' dan boleh mengakibatkan kebakaran.
Kebanyakkan bateri ini dipasang ke dalam komputer riba dan membuatkan kerja-kerja gantian bateri perlu dilakukan oleh pihak HP sendiri.
HP berkata bateri yang terjejas itu hanya melibatkan peratusan yang kecil dari tempoh 2 tahun tersebut.
Sistem yang terjejas adalah seperti berikut:
HP ProBook (64x G2 dan G3, 65x G2 dan G3
HP x360 310 G2
- HP ENVY m6
- HP Pavilion x360
- HP 11 notebooks
- HP ZBook (17 G3, 17 G4, Studio G3)
HP menambah yang kerja gantian bateri ini akan dilakukan oleh pihak mereka dengan percuma. Mereka tidak menyatakan apa yang menyebabkan bateri ini bermasalah cuma menyatakan sesetengah pembekal bateri mereka yang menyebabkan bateri tersebut bermasalah.
Untuk melihat maklumat lebih lanjut, boleh klik di SINI
Berkaitan
- Jika Anda Perlukan Telefon Pintar Dengan Bateri Yang Lebih Besar Dari Komputer Riba, Keinginan Anda Baru Terlaksana
- Universiti Sydney Menghasilkan Solusi Bateri Zink-Udara Yang Boleh Dicaj Semula
- Apple Dijangka Kehilangan RM 40 Bilion Daripada Program Penukaran Bateri
- Razer Mamba Hyperflux, Tetikus Tanpa Wayar Dan Bateri
- Moto G20 Hadir Dengan Bateri 5,000 mAh Dan Paparan 90Hz
- ZenFone Max Pro (M1) Untuk Gamers Dengan Bateri 5000mAh & Snapdragon 636 Serendah RM599
- Infinix Hot 10s, Bateri 6000mAh, Kadar Segar Semula 90Hz Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM499
- Cara Samsung Menguji Bateri Mereka Agar Lebih Selamat
- Kerajaan UK Bercadang Untuk Melaburkan RM 1.3 Bilion Bagi Meletakkan UK Sebagai Pendahulu Dalam Teknologi Bateri
- Bateri Musk Paling Besar Di Dunia