Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Headspace – Fungsi Baru Dalam Aplikasi Snapchat, Tanda Sokongan Bagi Masalah Kesihatan Mental

Headspace – Fungsi Baru Dalam Aplikasi Snapchat, Tanda Sokongan Bagi Masalah Kesihatan Mental

Diterbitkan Julai 21, 2020 · Dikemas kini Julai 21, 2020 oleh Nadiah Ab

Pada Isnin yang lalu, Snapchat baru sahaja melancarkan aplikasi mini pertamanya yang mempunyai fungsi meditasi dari aplikasi ‘Headspace’. Ia adalah fungsi baru dalam aplikasi sebagai tanda sokongan bagi pengguna Snapchat yang mengalami masalah kesihatan mental dan juga emosi.

Snapchat telahpun mengumumkan tentang pelancaran Headspace di Virtual Partner Summit pada bulan Jun. Headspace adalah aplikasi dari produk baru mereka iaitu ‘Snap Mini’, yang boleh digunakan dalam sembang bersama rakan-rakan.

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Snapchat, perasaan kegelisahan, kemurungan, tekanan, dan cabaran kesihatan mental adalah tinggi di kalangan penggunanya. Snapchat juga mendapati bahawa golongan ini biasanya ingin beralih kepada rakan mereka terlebih dahulu ketika berhadapan dengan perasaan tersebut.
headspace
Oleh sebab itu, meditasi dalam sembang ini adalah salah satu cara untuk mendorong persahabatan yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain selain dapat dilakukan bersama-sama.
Headspace Mini telah direka khas dalam aplikasi Snapchat sendiri. Maka, pengguna Snapchat tidak perlu memuat turun atau melanggan aplikasi Headspace untuk mengakses fungsi meditasi ini.
Headspace – Fungsi Baru Dalam Aplikasi Snapchat, Tanda Sokongan Bagi Masalah Kesihatan Mental
Pengguna dapat mengakses Mini dalam sembang dengan mengklik ikon roket di bahagian bawah layar, yang akan memulakan sesi Headspace dalam Snapchat. Pada waktu yang sama, orang-orang yang mereka sedang berbual bersama juga boleh klik untuk sertai sesi tersebut.
Setelah pengguna membuka satu sesi, terdapat enam meditasi berduasi tiga hingga empat minit untuk dipilih: “Just Breathe,” “Get out of a funk,” “Kick the panic,” “Be nice to you,” “Pressure to succeed,” dan “Me time.” Jika anda lebih selesa untuk bermeditasi secara solo, anda hanya perlu taip “Headspace” di bar carian untuk menggunakannya.
headspace
Pada bulan Mac, Snapchat telah merasmikan fungsi ‘Here for You’ untuk membantu pengguna yang mengalami tekanan disebabkan pandemik coronavirus. 
Sumber: The Verge & Mashable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY