Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Here For You – Sokongan Dalam Aplikasi Bagi Pengguna Snapchat Dengan Masalah Kesihatan Mental

Here For You – Sokongan Dalam Aplikasi Bagi Pengguna Snapchat Dengan Masalah Kesihatan Mental

Diterbitkan Februari 12, 2020 oleh Amalina Athman

Pada 11 Februari setiap tahun, Safer Internet Day disambut secara global untuk meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan teknologi digital yang selamat dan positif bagi kanak-kanak dan golongan muda. Sempena sambutan Safer Internet Day pada tahun ini, Snapchat mengumumkan beberapa fungsi untuk memberikan kesan yang lebih positif kepada kehidupan seharian pengguna.

Dengan fungsi baru yang dipanggil Here For You, Snapchat akan menyediakan sokongan dalam aplikasi yang proaktif untuk pengguna yang mungkin mengalami masalah kesihatan mental atau krisis emosi. Selain itu, ia juga bertujuan bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini dan bagaimana anda boleh membantu rakan yang menghadapi masalah ini.

Snapchat Here For You

Here For You, yang akan dikemaskini beberapa bulan lagi dalam aplikasi Snapchat akan menunjukkan sumber keselamatan daripada pakar tempatan apabila pengguna mencari topik tertentu, termasuk yang berkaitan kemurungan, tekanan perasaan, kesedihan, bunuh diri dan buli.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan Creative Tools and Lenses untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan privasi, di mana ia termasuk filter baru dan kuiz Snappable.

Sumber: Snapchat News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY