Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Login into account and fishing hook.

Hati-hati Dengan Iklan Tawaran Kerja Di Facebook, Tersembunyi Perisian Hasad Ov3r_Stealer

Diterbitkan Februari 9, 2024 · Dikemas kini Februari 9, 2024 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Trustwave telah melaporkan penemuan perisian hasad yang dikenali sebagai Ov3r_Stealer.

Perisian Hasad itu dikesan disebarkan dan mendapatkan mangsanya dengan bersembunyi disebalik ilan tawaran kerja di Facebook bertujuan untuk mencuri kelayakan akaun dan mata wang kripto.

Penganalisis Trustwave menyatakan bahawa walaupun tiada taktik yang baharu, ia kekal sebagai ancaman teruk kepada ramai mangsa yang berpotensi, memandangkan populariti Facebook sebagai platform media sosial.

Hati-hati Dengan Iklan Tawaran Kerja Di Facebook, Tersembunyi Perisian Hasad Ov3r_Stealer
Mangsa terpedaya melalui iklan kerja Facebook yang menjemput mereka untuk memohon jawatan Pengurus Akaun dalam pengiklanan digital. Sumber: Trustwave.

Menerangkan cara operasinya, iklan yang dipautkan ke fail PDF yang dihoskan pada OneDrive kononnya mengandungi butiran kerja, tetapi apabila diklik padanya, ia mencetuskan ubah hala CDN Discord yang memuat turun fail bernama ‘pdf2.cpl.’.

Fail itu disamarkan untuk kelihatan seperti dokumen DocuSign, tetapi sebenarnya ia adalah muatan PowerShell yang mengeksploitasi fail Panel Kawalan Windows (Windows Control Panel) untuk pelaksanaan.

Hati-hati Dengan Iklan Tawaran Kerja Di Facebook, Tersembunyi Perisian Hasad Ov3r_Stealer
Sumber: Trustwave

Trustwave melaporkan bahawa sebaik sahaja dilaksanakan, perisian hasad itu akan mewujudkan arahan tegar yang menambah tugas berjadual bernama “Licensing2,” yang berjalan pada komputer yang dijangkiti setiap 90 minit.

Ov3r_Stealer cuba mencuri data daripada pelbagai aplikasi, termasuk aplikasi dompet mata wang kripto, pelayar internet, extension pelayar, Discord, Filezilla dan banyak lagi.

Selain itu, perisian hasad itu turut memeriksa konfigurasi perkhidmatan sistem dalam Windows Registry, mungkin untuk mengenal pasti sasaran yang berpotensi dan boleh mencari fail dokumen dalam direktori tempatan.

Ov3r_Stealer mengumpul apa sahaja maklumat yang boleh ditemui pada komputer yang dijangkiti setiap 90 minit dan menghantarnya ke bot Telegram, termasuk maklumat geolokasi mangsa dan ringkasan data yang dicuri.

Hati-hati Dengan Iklan Tawaran Kerja Di Facebook, Tersembunyi Perisian Hasad Ov3r_Stealer
Sumber: Trustwave

Trustwave menyimpulkan, mereka tidak melihat kempen ini wujud secara meluas menggunakan perisian hasad ini.

Bagaimanapun, ia berada di bawah pembangunan berterusan dan berkemungkinan masih ada.

“Kodnya berkemungkinan akan muncul semula dalam perisian hasad lain pada satu ketika. Memandangkan Ov3r_Stealer telah dibangunkan secara aktif dengan pelbagai teknik pemuat, kita mungkin melihat yang ini akhirnya dijual atau digunakan dalam lain kempen pada masa hadapan.” Trustwave.

Berkaitan

  • Singapura Akan Sekat Pengguna Android 'Sideload' Aplikasi
  • Dakwaan Duit Guru Hilang Selepas Daftar PADU Adalah Palsu
  • iOS 17.3.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat Untuk Teks

Sumber: Trustwave

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
©2026 WISER.MY