Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Featured Image_2

Hati-Hati Dengan Gambar Anda Lihat Di Dalam Talian – Ketua Instagram

Diterbitkan Disember 16, 2024 oleh Rushsyafizal

Adam Mosseri, ketua Instagram, baru-baru ini memberi peringatan kepada pengguna media sosial tentang bahaya kandungan palsu buatan AI mempercayai kandungan dalam talian tanpa menyemak sumbernya terlebih dahulu.

Screenshot 2024-12-16 113753

Dalam siri hantaran di Threads, Mosseri menekankan bahawa kecerdasan buatan (AI) kini mampu menghasilkan kandungan yang sukar dibezakan dengan realiti, menjadikan pengguna lebih mudah terpedaya.

Menurut Mosseri, platform seperti Instagram bertanggungjawab untuk menandakan kandungan yang dihasilkan oleh AI sebaik mungkin. Namun, beliau mengakui bahawa tidak semua kandungan boleh dikenalpasti sebagai hasil AI.

Oleh itu, katanya, platform juga perlu memberikan konteks tentang siapa yang berkongsi kandungan tersebut supaya pengguna dapat menilai tahap kepercayaan terhadap maklumat itu.

Ini selaras dengan prinsip untuk sentiasa menyemak kredibiliti akaun yang memuat naik sesuatu kandungan sebelum mempercayainya. Walaupun Meta belum mempunyai ciri seperti yang disebut Mosseri, mereka telah memberi bayangan tentang perubahan besar dalam peraturan kandungan pada masa hadapan.

Langkah ini mungkin mirip kepada ciri komuniti seperti Community Notes di X atau penapis moderasi di Bluesky. Namun, sama ada Meta akan memperkenalkan ciri serupa masih belum diketahui. Perubahan ini boleh menjadi usaha penting untuk memerangi penyebaran maklumat palsu di era AI.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • HUAWEI Bakal Lancar Mate X6 Minggu Ini
  • Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan
  • Apple Dilapor Sedang Bangunkan Magic Mouse Baharu
  • Pixel 10 Dilapor Akan Guna Modem MediaTek

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY