Hari Jumaat Diumumkan Sebagai 'Hari Jawi'

Ada yang buta Jawi?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mengumumkan, hari Jumaat adalah hari rasmi bagi penggunaan tulisan Jawi.

Dalam satu kenyataan media oleh beliau semalam, kempen 'Hari Jumaat Hari Jawi' yang bermula dari 10 Julai 2020 (semalam) telah pun dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.

Kapsyen: Sumber: FB


Malah kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga mula menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi mulai semalam.

Untuk pengetahuan anda, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta bhasa Kebangsaan 1963 / 67.

"Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan".

P/s: Tulisan Jawi adalah berbeza daripada peribahasa 'masuk jawi'.

Berkaitan