Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo V30 series – EURO 2024

Harga vivo V30 Lebih Murah Sempena UEFA Euro 2024

Diterbitkan Jun 12, 2024 oleh Athirah Isa

Baru-baru ini, vivo iaitu penaja telefon pintar rasmi UEFA EURO 2024 telah mendedahkan satu siri aktiviti untuk peminat bola sepak UEFA EURO 2024.

Dengan Dream Field 2.0, vivo menyasarkan untuk meneruskan komitmennya terhadap penglibatan komuniti dan menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan belia.

RM30 akan disumbangkan untuk meningkatkan kemudahan bola sepak dan menyediakan peralatan kepada sekolah Malaysia terpilih.

Seterusnya, jerayawara universiti dengan mempamerkan siri vivo V30, telefon pintar rasmi untuk UEFA EURO 2024. Hadirin akan mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti untuk berpeluang memenangi eksklusif barang dagangan.

Berkaitan

  • vivo V30e Berharga RM1,399 - Snapdragon 6 Gen 1, Ada Aura Light
  • Peluang Menang Tiket UEFA EURO 2024 Dengan Sertai Peraduan vivo Ini

Di samping itu, ramalan pemenang. Peminat vivo boleh menyertai hadiah Predict the Winner di Facebook vivo Malaysia dengan meramalkan hasil perlawanan dan berkongsi ramalan mereka.

Peserta berpeluang memenangi barangan eksklusif bertemakan EURO selepas setiap perlawanan. Hanya tambahkan hastag #vivoXUEFAEURO2024 dan #vivoPredictTheWinner serta tag tiga rakan untuk menyertai peraduan ini.

vivo EURO 2024 – Capture The Game

Selanjutnya, detik permainan. Peminat vivo Malaysia boleh menonton UEFA EURO Majlis Perasmian 2024 dengan hanya mengambil tangkapan skrin atau foto mana-mana elemen vivo.

Kemudian, siarkan tangkapan skrin atau foto  di bahagian komen dan tag tiga rakan menggunakan hashtag #vivoXUEFAEURO2024, #CaptureTheGameMoment dan #PortraitSoPro di Facebook, Instagram atau Xiaohongshu vivo dan berpeluang memenangi UEFA EURO 2024 eksklusif barang dagangan.

vivo V30 series – sale

Bersempena UEFA Euro 2024, peranti vivo V30 dengan varian 256GB kini boleh didapati pada harga istimewa RM1899 (RM1999) dan varian 512GB pada RM2099 (RM2199).

Sumber: Siaran Media vivo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
©2026 WISER.MY