Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Harga Jualan Xbox Series X dan Series S Didedahkan Bermula $299

Posted on September 8, 2020

Jika Sony sibuk dengan konsol PS5, Microsoft pula sibuk dengan Xbox mereka. Tahun ini, mereka akan memperkenalkan 2 buah varian Xbox iaitu Series X dan juga Series S.

Xbox Series X merupakan pesaing terdekat PS5 manakala Series S pula konsol lebih mampu milik dengan spesifikasi sedikit rendah.

Hari ini, bersumberkan dari Brad Sams, beliau telah memperlihatkan harga jualan konsol-konsol Xbox ini.

Image

Menurutnya, Xbox Series S akan berharga serendah 299 USD (~RM1,245) manakala Xbox Series X yang lebih berkuasa pula pada 499 USD (~RM2,079).

Dari segi fizikal, saiz Xbox Series S adalah lebih kecil berbanding Xbox Series S. Ia akan disasarkan untuk pengalaman main permainan pada resolusi 1080p sedangkan Series X pula untuk resolusi main 4K dengan 60fps.

pic.twitter.com/VMkQY9271K

— WalkingCat (@_h0x0d_) September 8, 2020

Kedua-dua konsol Xbox Series S dan Series X ini dilaporkan akan dilancarkan pada 10 November.

Dengan maklumat mengenai harga jualan konsol Xbox ini, menarik untuk kita lihat bagaimana Sony meletakkan harga jualan untuk konsol PS5 mereka pula.

Sumber: Brad Sams, @_h0x0d_, Windows Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress