Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hanya Sebanyak 175 Hingga 954 Pemandu Sahaja Menggunakan Telefon Bimbit Tanpa Alat Bebas Tangan

Hanya Sebanyak 175 Hingga 954 Pemandu Sahaja Menggunakan Telefon Bimbit Tanpa Alat Bebas Tangan

Diterbitkan Disember 27, 2020 · Dikemas kini Disember 28, 2020 oleh ariff bukhari

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menerusi kaji selidik yang dijalankan mereka mendapati kes penggunaan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan (hands free) telah turun mendadak.

Penurunan itu adalah hasil pemerhatian terhadap 57,106 kenderaan di beberapa jalan raya utama termasuk di Jalan Persekutuan, Kuala Lumpur dalam tempoh empat hari.

MIROS mendapati hanya penggunaan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan di kawasan bandar dengan jumlah laluan kenderaan yang tinggi hanyalah sekitar 0.53 hingga hingga 3.93 peratus sahaja.

Ia selepas kesalahan itu telah dikategorikan sebagai saman yang tidak boleh dikompaun bermula 6 Julai 2020 lalu.

Sebaliknya pesalah yang disaman akan dibicarakan di mahkamah. Pesalah jalan raya yang melakukan kesalahan memandu sambil telefon tanpa menggunakan alat bebas tangan boleh didenda sehingga RM1000 atau penjara tidak lebih daripada 3 bulan jika disabit kesalahan.

Bagi sabitan kedua pula, pesalah boleh didenda sehingga RM2000 dan penjara 6 bulan atau keduanya sekali bakal dikenakan.

Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, Datuk Suret Singh berkata penurunan ini menunjukkan bahawa pemandu di Malaysia boleh dididik dengan pelaksanaan peraturan yang ketat.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu kerana ia boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan raya sehingga  kehilangan nyawa.

Sumber: MIROS, BHarian, Buletin Utama TV3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY